Tuesday, October 7, 2008

KEMERIAHAN DI HARI RAYA


Kehadiran Syawal 2008, telah memberikan suatu pengertian yang selama ini aku harap2kan.
Khas buat family aku .. terima kasih di atas kasih sayang dan perhatian yang selama nie kalian berikan. Akak sentiasa doakan keluarga kita diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan...
Buat kawan2 yang jauh & dekat, aku nak ucapkan ....
"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN"..
mana la tau, selama nie aku ader terkata, terumpat.. tak pun kutuk2 korang.
Maklum ler kitakan sama2 suka me'lazer'.. tak gitu?..hehehee..

Sunday, September 7, 2008

RAMADHAN KEMBALI LAGI

BULAN YANG PENUH RAHMAT
Alhamdullillah... Seharusnya kita memanjatkan syukur ke hadrat illahi kerana masih lagi diberi kesempatan merasai kenikmatan bulan yang penuh keberkatan tahun ini. Maklumlah.. di bulan yang penuh rahmat nie, pastinya banyak keistimewaan yang ALLAH berikan untuk kita rebut bersama..
Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51

Kawad kaki sempena hari Kemerdekaan ke -51 Negeri Selangor. Tahun nie tema kitaorang 'koboi moden' siap dgn kasut kawad lagi heheeh.. pacak kaki bebbb.. (teringat plak kengkawan lama itm ).. dapat le tempat ke-3 untuk 2 tahun berturut2..




Sempat gak amik gambar masjid di Shah Alam

Monday, September 1, 2008

PETANQUE TERBUKA PERAK 23/08/2008

Ronda-ronda di Muzium Diraja Perak


Rehat jap sementara menunggu team lawan yang blom abis 'bertarung'.

KAZEN

Emmm.. wanginya dia!!!... baru pas mandi yekk..



















Akmal Hisham.. doc muda khatankan orang.. hehehe...

Thursday, August 28, 2008

PETANQUE TERBUKA MELAKA 16/08/2008


Sempat lagi bergambar.. (masa nie jadi juara kumpulan.. hehee..)



Amang.. partner gua (mix double)..
Pantai Puteri, Melaka...

Team Selangor ... semasa perasmian di Kejohanan Petanque Terbuka Melaka (double)






Tuesday, August 12, 2008

d' PONTIAN

Asrama Puteri (ASPURI).. 5 tahun aku dok asrama ni..

Antara bangunan dan kelas lama

Sek.Men.Keb Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor (1988-1993)..
Kenangan lama aku di sekolah nie memang banyak. Maklum ler, masuk 6 tahun (sempat belajar ting 6 rendah jap) sebelum sambung belajar di Uitm, Shah Alam. Hampir 15 tahun tak menjengah, tergerak plak hati aku nak menyinggah di sekolah nie. Sampai2 jek depan gate, mintak permission ngan 'mak guard' nak masuk. ''Rindu sekolah lama'', alasan aku..
Perghh... tak sangka ler, banyak gak perubahan kat kawasan sekolah. Bangunan bertambah, jalan makin besar, kedai2 kat luar pun dah maju. kedai2 nie dulu tempat budak2 melepak and ponteng kelas. Aku le antara pengawas yang dok catit nama dowang bagi kat cikgu disiplin (hehehe... nak 'gegar' tak berani). Tapi apa2 pun aku cukup puas ati dapat mencapaikan niat nak tengok sekolah lama aku nie..
Luv u Mummy..


Lepak tepi pantai Pontian..
Suka nak menjerit!!.. heheehe..


My Niece.. Nasuha Batrisya










Monday, July 21, 2008

MEMANCING D' TANJUNG HARAPAN

Urusetia memancing makan tghr beramai2 di Restoran Bagan...
siakap masak stim beb!!! ...

Selit skett..



















'Abang Long'..
Jangan Pandang Belakang..








Auuwwww?!!!!... pinky!.
Tembikai,keluk,linda & aku

Wednesday, July 16, 2008

D' PULAU KAPAS - MENCANDAT SOTONG

Klip video sebelum langgar ombak besar. (Nyaris aku & pinky tercampak ke laut. Melambung beb.. fuhhh !!! ). Apa2 pun aku salute kat pokcik nie, control stereng bot pakai kaki jek tuh... heehehehee...

Tuesday, July 15, 2008

Siannya..
'Anak berudu' tak puas mandi laut





Kepulangan.. terasa cepat masa berlalu. Walaupun sotong yang dicandat tak seberapa, cerita 'mabuk' tetap jadi lawak kitaorang.
Ini jek la hasil yang kitaorang dapat (tu pun pakcik bot tolong candatkan.. hehee..). Malam tu gak sotong2 nie jadi 'mangsa' .



Saharumin & Sar tetap bertahan !
Lembik !!!.. sorang2 terbaring mabuk atas bot. Ombak kuat memaksa kitaorang bertahan untuk sejam jek.. aku sket terkilan la sbb tak dapat nak tangkap gambar masa tuh. Bukan per, aku sendiri pon 'terbongkang' sampai tak bole bukak mata .. si amang lak dok 'meracau' nak balik chalet... hahahaa !!!.. (yang nie memang sentiasa jadi bahan cerita kitaorang tiap kali jumpa..)


Wajah2 penuh keterujaan sebelum ke lubuk sutun.. Maklum ler,nak tau sangat rasa mencandat.


Indahnya ciptaan Illahi..







First time ke Pulau Kapas & candat sotong. Tak sabarnyer... Turun bot terus lepak & pekena teh tarik 'dangdut' (kelakar le pulok..)

Jeti Marang..
Tiba jam 9.30 pagi. Sugguhpun bertolak dr KL kul 12.30 mlm, nasib kitaorang memang baik.Bas yang mula 'semput' di tol Jabor dapat bergerak jugak hingga ke Marang.

Wednesday, July 9, 2008

PETANQUE MAKSAK MALAYSIA

Makan malam bersama semua pasukan Petaque MAKSAK Malaysia di SUK Perak. Baju batik gitu!






Pasukan Selangor lelaki /wanita senior dan veteran bersama pengurus pasukan, En.Khairil dan MAKSAK Selangor, En Ghani.

Pasukan lelaki senior & veteran... (dari kanan) amang, sar, nan, bro zeck, min, muzamir, jemey, pak raup, bro kadir







'NATES' SELANGOR.. Pertarungan bermula, menentang KL. 'Badi' suku akhir, akhirnya terhapus....
(hijau dari kanan) yatie, anis, linda, zill, aku, ruby.







Bersantai di Sg Perak...




Hari perlawanan persahabatan bersama pasukan Perak.




Relax jap.. Training di padang baru. Dalam 2 minggu, kitaorang kena dapatkan balik skill2 yang dah hilang. Maklum ler, setahun sekali.

Tuesday, July 1, 2008

PARAGLIDING



Xtream !!!.. First time aku buat paragliding di Bukit Jugra, Banting. huhuhuuu.. Macam tak percaya, aku boleh buat dengan jayanya (tq..bro Muz).. Teringin nak cuba?

Wednesday, January 16, 2008

D' Pulau Perhentian (DIARI 2006)




Lega...
Tiba di Pulau Perhentian pukul 8.30 pagi.








'Taiko Ampang'

Saper paling macho?..
hakk..hakk..



Tak Cukup Oksigen..

(takat snokling.. apa sangat ?!!.. heheeh) ...

Macam kedai sendiri...
penat menyelam, terus serbu warong pakcik roti canai.
Pergghhh !!! Lapar gilerrrr...




Amang ..

Lepak jap pekena teh tarik

Tuesday, January 15, 2008




Kenangan di Pulau Perhentian. Memang best. Sungguhpun muka aku 'terbakar' cam udang kena salai, aku tetap seronok.